Dec 20, 2006

sebuah pertemuan..

Saya berjumpa dengan seseorang lewat seminggu lalu. Tak sangka benar akan bertembung begitu: semasa beratur di ATM. Mula-mula saya beratur di belakangnya aja, sampai satu masa saya tegurnya secara kebetulan. Eh??? [macam kenal]

Dia cium tangan saya. Kami berpelukan. Ah, saya bertemu semula dengan adik saya, peserta program kepimpinan. Lama dah program tu berlalu. Setahun lepas mungkin. Tapi, pertemuan ini..Allah, syukur saya rasakan.

Adik saya namanya Sazila. Memang keletah. Gayanya masih akrab dengan kerudung labuh, berstongan. Kini masih menuntut di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Melaka.

Kami berborak lama dan bertukar cerita. Ah, adik yang saya kenal ni rupanya banyak kisah duka. Saya renung dia baik-baik. Pasang telinga seakrab boleh. Erm, bagaimana lah dia dapat hadapi ketentuan hidup begini sejak dulu. Biar saya juga ada kesusahan, namun beban hidupnya lebih teruk dan hiba. Tapi, dia senyum. Senyum aja. Dia sangat tenang.

Adik itu pinta saya menjadi kakaknya. Cukup saya tersentuh. Dan dia pinta saya bersama dalam jemaah bila habis menuntut nanti. Saya senyum dan angguk, InsyaAllah.

Saya bersyukur atas pertemuan ini, sebab saya dapat belajar dari seorang hamba Tuhan yang sabar dan redha. Dia adik saya, Sazila Sazali:)

Dan, kami berpisah dengan doa dan harapan. Moga akan ketemu lagi nanti.
------------------------------

Di mata seorang gadis itu, ada bening-bening keriangan, ada airmata yang sudah terlalu kering untuk berlimpahan. Lalu, dikurniai secangkir senyuman untuk tidak menatap sebuah kesedihan..

No comments: